AGENSI

Majlis iftar erat hubungan pelajar, kakitangan Unisel

23 Apr 2022, 8:36 AM
Majlis iftar erat hubungan pelajar, kakitangan Unisel

SHAH ALAM, 23 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan mahasiswa di Masjid Unisel kampus Bestari Jaya pada Khamis lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel berkata, majlis itu dihadiri Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman serta pelajar dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.

"Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan universiti bagi mengimarahkan lagi kedatangan bulan Ramadan yang disambut oleh warga Unisel yang beragama Islam, selain merapatkan lagi hubungan antara warga universiti ini," kata Hasril Abu Hassan dalam kenyataan di Facebook Unisel.

Dr Mohammad Redzuan pula berkata, tahun ini sangat istimewa selepas dua tahun acara keraian seperti majlis berbuka puasa tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19.

"Kita mengambil peluang daripada kelonggaran tatacara operasi piawai (SOP) untuk berkumpul bersama-sama bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai kegiatan keagamaan.

"Ia juga menjadi kegiatan wajib agar nilai kekeluargaan dalam kalangan warga universiti sentiasa utuh," katanya.

Majlis berbuka puasa itu turut disemarakkan dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh Pengarah Pusat Islam Unisel, Abdul Razak Aripin dan seterusnya solat terawih berjemaah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619