AGENDA

Cabang Gombak teguh dan kukuh bawah kepimpinan Amirudin

23 Apr 2022, 7:48 AM
Cabang Gombak teguh dan kukuh bawah kepimpinan Amirudin
Cabang Gombak teguh dan kukuh bawah kepimpinan Amirudin

SHAH ALAM,23 APRIL: Dato' Seri Amirudin Shari berjaya memastikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) cabang Gombak tidak terjejas sedikitpun meski berlaku pengkhianatan bekas pemimpinnya.

Calon ketua Angkatan Muda KEADILAN cabang itu Muhammad Husaini Mohd Yunos menegaskan cabang itu kekal pada tahap terbaik hasil ikhtiar Amirudin yang memacu kekuatan agar KEADILAN Gombak kekal teguh dan terus bergerak ke hadapan.

[caption id="attachment_518249" align="alignright" width="353"] Calon ketua Angkatan Muda KEADILAN cabang Gombak Muhammad Husaini Mohd Yunos[/caption]

"Kerja keras ini bukan sahaja ditanggapi baik oleh anggota di bawah tetapi juga oleh Presiden Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali memuji komitmen beliau secara terbuka dalam rapat yang melibatkan anggota parti mahupun pimpinan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Farhash Wafa Salvador terhadap cabang berkenaan, Muhammad Husaini berkata seluruh anggota KEADILAN termasuk ahli cabang tersebut telah lama membuka lembaran baharu.

Beliau turut mengingatkan bekas pembantu Anwar itu supaya tidak menjadi "jaguh kesiangan" berikutan anggota cabang telah memberi tekad dan kepercayaan kepada Amirudin terus mengemudi Selangor termasuk cabang Gombak.

Farhash Wafa hari ini mendakwa bertanding kerusi ketua cabang Gombak untuk menentukan sama ada Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor mendapat sokongan dan kepercayaan akar umbi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619