PBT

MBSA buka pejabat bergerak di Lotus's Setia Alam esok 

22 Apr 2022, 1:32 AM
MBSA buka pejabat bergerak di Lotus's Setia Alam esok 

SHAH ALAM, 22 APRIL: Pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan dibuka di pekarangan tempat letak kereta Lotus's Setia Alam, Seksyen U13 esok mulai jam 11 pagi hingga 3 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata pejabat bergerak atau 'Shah Alam On Wheels' itu adalah platform yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap perkhidmatan ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619