AGENDA

Lebih 570,000 kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

22 Apr 2022, 12:43 AM
Lebih 570,000 kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Sebanyak 572,744 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 16.1 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,447,377 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.7 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,881,518 individu atau 92.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,982,044 atau 95.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,998,406 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,041 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,872,350.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes manakala Sabah dan Sarawak masing-masing mencatat satu kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619