AGENDA

Sasar kualiti air Lembah Klang setaraf Jepun, Eropah pada 2028

21 Apr 2022, 10:20 AM
Sasar kualiti air Lembah Klang setaraf Jepun, Eropah pada 2028

SHAH ALAM, 21 APRIL: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menetapkan sasaran kualiti air dibekalkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyamai negara maju menjelang 2028.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata ia boleh dicapai jika pelaburan berterusan dilaksanakan bagi membina loji dan mengganti paip air yang sudah usang.

"Walaupun kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah baik tetapi kita mahu capai tahap kualiti di Jepun dan Eropah.

"Walaupun ia bukan satu proses yang mudah, tetapi dengan pelaburan berterusan ia akan berjaya dicapai pada 2028," katanya pada sesi webinar Air Bersih: Berbaloikah Pelarasan Tarif? hari ini.

Beliau menambah penyelarasan tarif air juga wajar kerana proses menggantikan aset atau paip usang dan membina loji membabitkan kos yang tinggi, namun mesti tidak membebankan pengguna.

Suhaimi berkata bantuan perlu terus disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah seperti pemberian subsidi melalui Skim Air Darul Ehsan yang dilaksanakan Kerajaan Selangor.

"Saya berharap skim ini diperluas ke peringkat persekutuan jika kenaikan tarif dilaksanakan," katanya menambah pengguna ketika ini membayar RM1.50 per satu meter padu berbanding kos sebenar RM3 yang ditanggung Air Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619