AGENDA

Sultan terima menghadap aktivis sosial Lee Lam Thye, ketua pengarah Ikim

21 Apr 2022, 4:46 AM
Sultan terima menghadap aktivis sosial Lee Lam Thye, ketua pengarah Ikim
Sultan terima menghadap aktivis sosial Lee Lam Thye, ketua pengarah Ikim

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima menghadap aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye di Istana Bukit Kayangan di sini.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disembah maklum penerbitan buku biografi Lam Thye mengenai penglibatannya dalam politik dan sosial lebih 50 tahun.

"Buku berkenaan bakal dilancarkan tidak lama lagi dan berada di pasaran dalam waktu terdekat," kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Dr Mohamed Azam Mohamed Adil di istana sama.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Dato' Dr Afifi al-Akiti.

[caption id="attachment_517861" align="aligncenter" width="703"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Ikim Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (kanan) dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Dato' Dr Afifi al-Akiti (kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 20 April 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619