ADN

Aidilfitri: 750 keluarga susah di Batang Kali terima baucar beli-belah

20 Apr 2022, 8:34 AM
Aidilfitri: 750 keluarga susah di Batang Kali terima baucar beli-belah

SHAH ALAM, 20 APRIL : Seramai 750 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menerima baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri mulai esok.

Penyelaras DUN Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan baucar bernilai RM100 itu diutamakan kepada individu atau keluarga berpendapatan rendah (B40) yang mempunyai ramai tanggungan.

"Kita mula mengagihkan baucar ini secara berperingkat esok hingga Ahad di pusat khidmat masyarakat (PKM) dan mereka boleh membeli-belah di Pasaraya Econsave Batang Kali sehingga 30 April.

"Sumbangan ini diharap meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama sahaja lagi," katanya kepada SelangorKini.

Mengulas berhubung program Ramadan, Saifuddin berkata pihaknya memperuntuk hampir RM25,000 untuk melaksanakan pelbagai program sepanjang bulan mulia itu.

"Daripada jumlah itu kita menganjurkan aktiviti berbuka puasa dan bersahur bersama penduduk, tadarus kecil, edaran bubur lambuk, program selawat, sumbangan kepada asnaf dan anak yatim," katanya.

Selangor memperkenalkan Jom Shopping Raya yang menyasar kumpulan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619