ADN

DUN Kuala Kubu Bharu peruntuk RM50,000 jaya pelbagai program Ramadan

20 Apr 2022, 5:09 AM
DUN Kuala Kubu Bharu peruntuk RM50,000 jaya pelbagai program Ramadan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memperuntukan RM50,000 bagi melaksana pelbagai program sepanjang Ramadan.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata daripada jumlah itu pihaknya menganjurkan beberapa aktiviti berbuka puasa, sumbangan kepada 22 surau dan tiga masjid serta edaran kurma.

"Semua rumah ibadat masing-masing menerima RM1,000 bagi meringankan beban mereka menjalankan aktiviti pengimarahan dan berbuka puasa.

"Kita turut mengedarkan 3,000 pek kurma di jabatan dan agensi kerajaan, rumah warga emas termasuk masjid dan surau," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Menurutnya, aktiviti itu juga merupakan simbolik setiap kali tibanya Ramadan bagi menyantuni umat Islam terutama di DUN Kuala Kubu Bharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619