AGENSI

Hijrah nafi bayaran geran raya RM1,000, maklumat tersebar palsu

19 Apr 2022, 6:17 AM
Hijrah nafi bayaran geran raya RM1,000, maklumat tersebar palsu

SHAH ALAM, 10 APRIL: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menafikan dakwaan berhubung pembayaran geran Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada pemohon seperti tersebar melalui media sosial.

Bahagian Korporatnya memaklumkan maklumat disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan beberapa saluran lain adalah palsu.

"Hijrah menafikan (perkara tersebut) dan bahawa tiada sebarang pembayaran duit raya geran RM1,000.

"Pihak yayasan sehingga kini tidak pernah melantik individu luar termasuk saluran politik dalam memberi sebarang geran," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Hijrah hanya menjalankan pembiayaan bukan geran serta tiada sebarang bayaran awal akan dikenakan kepada pemohon.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619