AGENDA

Raja Muda agih duit raya kepada pelajar tahfiz Masjid Istana Diraja

19 Apr 2022, 12:30 AM
Raja Muda agih duit raya kepada pelajar tahfiz Masjid Istana Diraja

SHAH ALAM, 19 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah kelmarin berkenan menyerahkan duit raya kepada pelajar Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, pelajar berkenaan yang juga anak jati Selangor cemerlang dalam akademik serta ditempatkan di kuarters kakitangan pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor .

"Mereka dihantar bersekolah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian.

"Sesi pengambilan lima tahun sekali pelajar tahfiz ini membabitkan 10 pelajar kelahiran Selangor yang memiliki latar belakang cemerlang dalam akademik dan sahsiah," kata kenyataan itu.

Jelasnya, selain mengimarahkan aktiviti di Masjid Istana Diraja, pelajar berkenaan juga terlibat dalam majlis rasmi Sultan Selangor dan kerabat diraja Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619