AGENSI

Sukarelawan Skuad Kasih UKM edar bubur lambuk, pek makanan di Bangi

18 Apr 2022, 3:35 PM
Sukarelawan Skuad Kasih UKM edar bubur lambuk, pek makanan di Bangi

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sukarelawan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini mengedarkan 200 pek makanan kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) di sekitar Bangi, Selangor.

Sumbangan menerusi program Semarak Ramadan anjuran Skuad KASIH@FSSK itu diadakan dengan kerjasama rakan strategik ADAB Youth Garage (AYG) dan menerima tajaan CIMB ISLAMIC serta Yayasan CIMB.

Menerusi perkongsian di Facebook, Skuad Kasih memaklumkan pek makanan itu diagihkan kepada penduduk flat di Seksyen 4, Seksyen 2 dan Seksyen 3 Bangi.

"Program Semarak Ramadan ini turut dimeriahkan dengan acara memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

"Selain menabur bakti kepada komuniti, program ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa FSSK dalam menyantuni masyarakat setempat di bulan Ramadhan yang mulia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619