AGENDA

MBSA: Hampir dua tan lebihan makanan bazar Ramadan diagih percuma sejak 4 April

18 Apr 2022, 11:00 AM
MBSA: Hampir dua tan lebihan makanan bazar Ramadan diagih percuma sejak 4 April

SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya menyelamatkan 1,898.8 kilogram (kg) lebihan makanan di tiga bazar Ramadan daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan jumlah itu adalah berdasarkan pengumpulan yang dilaksanakan sejak 4 hingga 17 April di bazar Ramadan Seksyen 19, Taman Sri Muda Seksyen 25 dan Subang Bestari Seksyen U5.

"Lebihan makanan yang tidak habis dijual oleh peniaga bazar akan dikumpul setiap hari dan diagihkan secara percuma ke beberapa lokasi menerusi program MBSA MYsave Food @ Bazar Ramadan.

"Proses agihan ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA dengan kerjasama WWF-Malaysia, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia dan Briged Sukarelawan UiTM," tulisnya di Facebook.

Berikut lokasi edaran makanan :

  • Surau Al-Amin Seksyen 19
  • Surau An-Najahiyah Seksyen 19
  • Surau Hamiddean Seksyen 19
  • Masjid Taman Sri Muda Seksyen 25
  • Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26
  • Flat Proton Seksyen 27
  • Pangsapuri Seri Purnama Seksyen U5
  • Pangsapuri Sri Saujana Seksyen U5
  • Pangsapuri Sunway Sinar Seksyen U9
  • Surau Al-Mahdi Taman Bukit Subang Seksyen U16
  • Surau Pangsapuri Teratai Taman Bukit Subang Seksyen U16
  • Pangsapuri Melati Taman Bukit Subang Seksyen U16

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619