AGENSI

Program tambah baik inisiatif untuk rakyat bermula selepas Aidilfitri

18 Apr 2022, 1:13 AM
Program tambah baik inisiatif untuk rakyat bermula selepas Aidilfitri

GOMBAK, 18 APRIL: Penambahbaikan pelbagai inisiatif untuk rakyat yang dibuat menerusi program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bakal dilaksanakan selepas perayaan Aidilfitri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan lebih ramai penduduk menikmati manfaat program berkenaan yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Beliau memberi contoh inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu lebih ramai penduduk hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

“Daripada RM200 mereka terima RM300 setiap bulan lepas raya," katanya dalam majlis berbuka puasa bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Gombak di sini pada 17 April.

Amirudin menegaskan ISP juga menambah baik insiatif kesihatan kepada orang ramai, antaranya memperluas saringan kepada golongan lelaki bagi mengesan barah kolon.

"Dahulu ada program Tunas (bantuan tadika) tetapi sekarang ANiS (Anak Istimewa Selangor). Menerusi ANiS, kita pantau rumah kebajikan dan latih penjaganya untuk elak kes Bella berlaku lagi,” katanya merujuk kes penderaan baru-baru ini.

Beliau menambah bantuan meliputi pelbagai skim itu berasaskan usaha memberdaya dan memperkasa rakyat tanpa bergantung kepada Kerajaan Negeri.

“Pada 2008, kita bantu rakyat dengan kongsi kekayaan negeri. Tahun 2013, kita bantu dengan beri apa yang rakyat pohon. Mulai 2018 hingga sekarang, kita ubah. Kita mahu jadikan rakyat diupaya dan diperkasakan dalam setiap program,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619