ADN

Program jualan murah mudahkan penduduk beli barang keperluan harian

17 Apr 2022, 3:31 PM
Program jualan murah mudahkan penduduk beli barang keperluan harian
Program jualan murah mudahkan penduduk beli barang keperluan harian
Program jualan murah mudahkan penduduk beli barang keperluan harian

KAJANG, 17 APRIL: Program Jualan Prihatin Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memudahkan penduduk mendapatkan bekalan keperluan harian terutama pada Ramadan.

Zainab Safian, 57, berkata, beliau tidak perlu ke pasar kerana semua keperluan ada di program jualan PKPS termasuk sayur dan bawang.

"Pagi tadi adik saya memaklumkan mengenai program ini dan saya terus beritahu jiran-jiran. Saya membeli beberapa barang keperluan seperti ayam, telur, kacang panjang dan serai.

[caption id="attachment_517397" align="alignleft" width="350"] Zainab Safian[/caption]

"Program ini bagus kerana ia memudahkan orang ramai terutama suri rumah selain dapat mmebeli pada harga lebih murah berbanding pasaran," katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada program Jualan Prihatin Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di tapak aktiviti Persatuan Penduduk Taman Jenaris di sini, hari ini.

Sementara itu, Musban Shahadan, 49, berkata beliau menghargai usaha Kerajaan Negeri dalam menganjurkan program jualan prihatin yang sememangnya memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya beli semua keperluan harian yang ada di sini dan melihat harga ditawarkan amat murah.

"Malah, saya juga mendapat kupon diskaun 50 peratus sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Ini bermakna saya dapat penjimatan berganda daripada program ini," katanya yang menetap di Taman Taming Impian.

Pada 27 Februari lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan langkah untuk empat barang keperluan harian iaitu ayam, telur, daging dan ikan pada harga murah menerusi program Jualan Prihatin Rakyat.

[caption id="attachment_517398" align="alignright" width="320"] Musban Shahadan[/caption]

Program yang diadakan setiap hujung minggu di 64 kawasan di seluruh negeri bertujuan mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang dan ia dianjurkan sehingga menjelang Aidilfitri.

Menerusi inisiatif itu, ayam standard dijual pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619