PBT

MPHS sedia tong sampah pukal mudahkan penduduk sempena Aidilfitri

16 Apr 2022, 2:37 PM
MPHS sedia tong sampah pukal mudahkan penduduk sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 79 tong roll on roll off (roro) berukuran tiga tan disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk kemudahan penduduk di kawasan seliaannya membuang sampah pukal menjelang Aidilfitri ini.

Menurut MPHS, tong berkenaan diletakkan di beberapa lokasi di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan beberapa kawasan lain yang sesuai di Hulu Selangor.

"Kutipan sampah pukal itu akan dijalankan secara berperingkat mulai Isnin depan hingga 28 April ini.

"Justeru, MPHS berharap penduduk akan memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan kontraktor melakukan kutipan," katanya dalam kenyataan.

MPHS berkata, sampah sisa domestik dan sampah dapur adalah dilarang sama sekali dibuang ke dalam tong RORO berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619