AGENDA

Menteri: Sesi persekolahan tanpa sistem giliran bermula esok

16 Apr 2022, 1:20 PM
Menteri: Sesi persekolahan tanpa sistem giliran bermula esok

KOTA BHARU, 16 APRIL: Sesi persekolahan kembali seperti sedia kala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula esok, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata kehadiran pelajar dan pengoperasian persekolahan akan dilaksanakan sama seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

"Mungkin apabila sekolah dibuka semula, kita akan lihat bagaimana murid datang ke sekolah dan keadaan di luar yang semakin terbuka membuatkan ada yang tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Oleh itu, saya menyeru jasa baik pihak kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru dan murid bagi memastikan kali ini sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup," katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Warga Pendidikan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata dalam tempoh terdekat juga pihaknya akan mengemukakan garis panduan persekolahan 4.0.

Beliau berkata garisan panduan berkenaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih terbuka, selain pada masa sama memastikan segala ketetapan yang dibuat dapat dipatuhi.

“Ada yang persoal bila garis panduan pengurusan sekolah 3.0 akan ditambah baik, sedangkan untuk laksanakan sesuatu bukan boleh ditukar begitu sahaja.

Pelaksanaan ini termasuk perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Kita perlu bincang satu persatu, apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan, garis panduan yang perlu dimasukkan dan sebagainya,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619