AGENDA

Kerajaan Negeri kutuk serangan Israel, ikrar terus bantu rakyat Palestin

16 Apr 2022, 12:37 PM
Kerajaan Negeri kutuk serangan Israel, ikrar terus bantu rakyat Palestin

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan Negeri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan dan provokasi Israel yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin tercedera.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri tetapi bersetiakawan dan bersolidariti dengan Palestin susulan serangan tentera rejim zionis terhadap Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

"Penting untuk dinyatakan di sini bahawa sebarang isu keganasan di bumi Palestin adalah krisis kemanusiaan dan bukan semata-mata isu umat Islam.

"Jadi, sempena bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengangkat tangan dan mendoakan kesejahteraan buat warga Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan terus berusaha membantu rakyat Palestin seperti yang dilaksanakan tahun lalu menerusi Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin apabila ia berjaya mengumpul dana hampir RM1 juta dalam bentuk pengangkutan seperti ambulans, Trak Amal Selangor, kelengkapan perubatan dan kotak makanan untuk rakyat Gaza.

Semalam, media melaporkan polis Israel bertempur dengan sekumpulan rakyat Palestin bertopeng dan bersenjatakan batu di pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas umat Islam menunaikan solat Subuh.

Menurut polis, kejadian itu berlaku ketika mereka memasuki kawasan tapak suci berkenaan bagi menyuraikan sekumpulan individu yang berhimpun di situ selepas selesai mengerjakan ibadah.

Perkhidmatan ambulans Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 59 orang cedera dalam kejadian terbabit semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619