AGENDA

KWSP: 59 peratus ahli M40 mohon pengeluaran khas

16 Apr 2022, 8:15 AM
KWSP: 59 peratus ahli M40 mohon pengeluaran khas

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 59 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kalangan M40 memohon pengeluaran khas simpanan.

KWSP menerusi kenyataan memaklumkan permohonan melibatkan ahli kategori B40 adalah 55 peratus manakala kategori T20 sebanyak 39 peratus.

"Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak ( pendapatan kurang RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 - RM4,900), 39 peratus ahli T20 (pendapatan melebihi RM4, 900) dan 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga memohon," katanya.

KWSP berkata jumlah pemohon tertinggi melibatkan kaum Melayu iaitu 65 peratus, Cina (12 peratus) dan India (7 peratus) manakala 17 peratus terdiri Bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukan warganegara.

"Berdasarkan maklum balas ahli yang memohon kemudahan ini, tiga sebab utama termasuklah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619