AGENDA

Jualan di Sekinchan dapat sambutan, barang keperluan habis dalam tempoh dua jam

16 Apr 2022, 7:46 AM
Jualan di Sekinchan dapat sambutan, barang keperluan habis dalam tempoh dua jam

SEKINCHAN, 16 APRIL: Sebanyak 600 papan telur dan 300 ekor ayam habis dijual dalam tempoh dua jam dalam program Jualan Prihatin Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan hari ini.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Md Saad Mahsah berkata sambutan orang ramai di kawasan itu amat menggalakkan apabila ada penduduk yang hadir lebih awal sebelum program itu bermula.

"Kita mula jualan pada jam 10 pagi tetapi orang ramai sudah mula menunggu seawal jam 9.30 pagi untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang murah.

"Alhamdulillah dalam tempoh kurang dua jam telur, ayam dan minyak masak habis dijual dan kita yakin hasil jualan di sini sahaja lebih RM10,000," katanya kepada Selangorkini.

Beliau menambah permintaan daripada orang awam terhadap barangan keperluan asas itu semakin meningkat pada bulan Ramadan.

"Kita akan berbincang sama ada untuk menambah lagi lokasi jualan dan barangan termasuk akan menganjurkan jualan murah secara mega di beberapa lokasi dicadangkan menjelang Syawal," katanya.

Program Jualan Prihatin Rakyat diadakan setiap hujung minggu di 64 kawasan di seluruh negeri bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100 kg daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B turut dijual sepanjang program berkenaan.

Menerusi program itu, ayam standard dijual pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619