AGENSI

Pekawanis sumbang duit raya RM100 kepada 120 anak asnaf

15 Apr 2022, 8:25 AM
Pekawanis sumbang duit raya RM100 kepada 120 anak asnaf
Pekawanis sumbang duit raya RM100 kepada 120 anak asnaf

SHAH ALAM, 15 APRIL: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan meraikan 120 anak asnaf sempena Aidilfitri pada Selasa ini.

Yang Dipertua Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pihaknya memperuntukkan RM12,000 bagi program berkenaan dengan menyumbang wang tunai RM100 kepada setiap kanak-kanak.

“Data penerima diperoleh dari Lembaga Zakat Selangor. Kita mahu kanak-kanak ini diraikan dan merasa kemeriahan menyambut raya.

“Dalam program itu nanti,kita turut menjemput lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan dan bekerjasama bagi memberi manfaat lebih besar kepada penerima,” katanya ditemui pada Program Sokongan Psikososial di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

[caption id="attachment_517043" align="aligncenter" width="583"] Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tiga, kiri) menyantuni urusetia Puspanita dalam Program Sokongan Psikologi Bekas Pesakit Covid-19 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu Masdiana berkata pihaknya memperuntuk RM50,000 bagi menjayakan program masak bubur lambuk di 50 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setiap DUN menerima bantuan RM1,000 dan turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak. Bubur akan diagih kepada penduduk sekitar,” katanya.

Sempena Aidilfitri tahun ini Pekawanis membelanjakan RM200,000 untuk diagih kepada 50 DUN sebagai bantuan raya kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619