AGENDA

Menteri: Syarat daftar masuk MySejahtera akan diumumkan dua minggu lagi

14 Apr 2022, 9:40 AM
Menteri: Syarat daftar masuk MySejahtera akan diumumkan dua minggu lagi

SHAH ALAM, 14 APRIL: Keputusan untuk melonggarkan syarat daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata MySejahtera berperanan penting dalam proses pengesanan kontak dan setakat ini individu positif Covid-19 yang dikenal pasti sebagai kontak kasual berjaya diasingkan hasil pengesanan menerusi aplikasi itu.

"Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan sistem pengesanan kontak ini tidak relevan, kerana ketika kemuncak gelombang Omicron kira-kira 45 peratus kontak kasual yang didapati positif Covid-19 berjaya diasingkan hasil sistem pengesan itu.

"Tetapi kita sudah pun melepasi kemuncak Omicron dan Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu dua lagi sama ada untuk batalkan proses imbasan ini atau sebaliknya selepas menjalankan kajian," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619