ADN

DUN Balakong bantu kabul hajat kanak-kanak sempena Aidilfitri

14 Apr 2022, 4:42 AM
DUN Balakong bantu kabul hajat kanak-kanak sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 14 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menganjurkan program 'Indahnya Berkongsi' bagi membantu menunaikan hasrat kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Wakil rakyat Wong Siew Ki berkata program itu seiring dengan bulan Ramadan yang menggalakkan masyarakat berkongsi kebahagiaan, kasih sayang dan rezeki sesama insan.

"Sehingga kini kita telah menerima 100 permohonan daripada penduduk Balakong dengan hajat yang berbeza namun rata-ratanya lebih tertumpu untuk membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri.

"Oleh itu, pihak kami ingin menunaikan hajat mereka dan pada masa sama mengalu-alukan orang ramai yang ingin menyumbang bagi menunaikan hajat anak-anak Balakong di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video berdurasi lebih seminit bertajuk Semangat Balakong di Facebooknya semalam.

Justeru, mana-mana individu yang berhasrat untuk berkongsi bersama boleh hubungi Pusat Khidmat DUN Balakong menerusi talian 03-9076 0331.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619