AGENSI

Wakaf Selangor perkenal kaedah berwakaf lebih selamat melalui DuitNow QR

14 Apr 2022, 2:58 AM
Wakaf Selangor perkenal kaedah berwakaf lebih selamat melalui DuitNow QR

SHAH ALAM, 14 APRIL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkenal kaedah berwakaf cara pantas dan lebih selamat menerusi DuitNow QR.

Agensi itu memaklumkan pewakaf hanya perlu membuka aplikasi e-dompet seperti Boost, GrabPay, Touch n Go dan ShopeePay bagi membolehkan urusan berwakaf itu dilakukan.

"Penawaran e-wakaf menerusi QR ini merupakan inisiatif baharu untuk memudahkan orang ramai membuat amal jariah dengan pantas dan selamat.

"Untuk mula menggunakan DuitNow QR, pewakaf hanya perlu membuka aplikasi mudah alih bank atau e-dompet, kemudian imbas kod QR yang terdapat di laman sesawang rasmi dan laman sosial Facebook dan Instagram PWS," katanya.

PWS memaklumkan pewakaf juga boleh menyimpan gambar kod QR tersebut di dalam telefon bimbit untuk membuat sumbangan wakaf pada bila-bila masa.

Bagi yang mahu berwakaf secara dalam talian boleh layari laman sesawang PWS https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp dan mendaftar melalui Portal User atau melalui aplikasi Tulus dan SnapNPay.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619