PBT

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 Sabtu ini

14 Apr 2022, 1:54 AM
Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di pusat beli-belah Ole-Ole Seksyen 18 pada Sabtu ini, kata Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya.

Menurut Shahrin Ahmad, orang ramai yang ingin membuat semakan dan pembayaran boleh mengunjungi pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah itu mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

"Pejabat bergerak MBSA ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara.

"MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan sedia ada untuk manfaat masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Pejabat bergerak MBSA atau Shah Alam ON Wheels adalah platform yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi talian 013-3380551.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619