AGENSI

MBI serah 400 pek makanan kepada pelajar UPM

13 Apr 2022, 3:37 AM
MBI serah 400 pek makanan kepada pelajar UPM

SHAH ALAM, 13 APRIL: Pemerbadanan Menteri Besar atau MBI menyumbang 400 pek makanan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) universiti berkata inisiatif anak syarikat Kerajaan Negeri itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan pelajar.

“Mungkin ada pelajar terpaksa mencatu duit poket bagi menampung keperluan harian. Jadi sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka ketika meneruskan pembelajaran ketika Ramadan ini," kata Abdullah Arshad dalam kenyataan di Facebook UPM.

Sementara itu ketua jabatan integriti dan tadbir urus MBI berkata UPM adalah institusi pengajian ketujuh di Selangor yang menerima sumbangan terbabit.

“Juadah berbuka puasa ini adalah agenda tahunan syarikat yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan menikmati hidangan yang enak," kata Mudirah Muhammad Nor.

Katanya, sepanjang Ramadan ini MBI mengagihkan 1,000 pek makanan berlauk setiap hari di beberapa lokasi terpilih.

Syarikat itu memperuntukkan dana RM3 juta bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan tahun ini termasuk sumbangan bagi aktiviti mengimarah masjid dan surau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619