AGENDA

Polis terima 35 laporan babit 45 warga tempatan terkandas di luar negara

12 Apr 2022, 5:58 AM
Polis terima 35 laporan babit 45 warga tempatan terkandas di luar negara

SEPANG, 12 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 35 laporan melibatkan 45 warga Malaysia yang dipercayai terkandas di luar negara seperti di Myanmar, Thailand dan Laos, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Beliau meminta waris mangsa yang terkesan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana yakin ada lagi waris yang tidak berbuat demikian.

“Kita minta mereka tampil dan buat laporan bagi mudahkan pihak kita mengesan lokasi waris mereka yang terkandas di negara berkenaan,” katanya kepada media selepas ketibaan 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Abd Jalil berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada kesemua mangsa yang baru pulang itu di klia2 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Seramai 16 rakyat Malaysia dipaksa bekerja sebagai 'scammer' oleh satu sindiket di Preah Sihanouk di Kemboja setelah terpedaya dengan iklan pekerjaan dan diselamatkan pada 5 April lepas.

12 daripada mangsa berjaya pulang ke tanah air hari ini manakala empat lagi masih berada di Kemboja kerana positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619