PBT

Inisiatif hijau MBSA terima pengiktirafan institut arkitek landskap

12 Apr 2022, 4:07 AM
Inisiatif hijau MBSA terima pengiktirafan institut arkitek landskap

SHAH ALAM, 12 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya memenangi Anugerah Arkitek Landskap Malaysia 2019 bagi kategori agensi kerajaan (anugerah inisiatif hijau) daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata anugerah itu diterima Jabatan Landskap MBSA menerusi program Perintis Hijau Shah Alam pada 25 Mac lalu di Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut Shahrin Ahmad anugerah dalam bentuk trofi dan sijil penghargaan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Rotina Mohd Daik kepada Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Zamani Ahmad Mansor dan Pengarah Jabatan Landskap MBSA, Mohd Yunus Suri.

"Perintis Hijau Shah Alam adalah program pendidikan yang dilaksanakan sejak 2009 hingga kini bertujuan memberi pendedahan kepada murid sekolah Tahun 4 dan 5 mengenai kepentingan alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan taman awam kepada kehidupan manusia.

"Menerusi projek ini peserta diasah bakat kreativiti melalui penciptaan konsep dan reka bentuk bagi membina sebuah taman mini atas meja yang unik serta menarik," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619