ADN

550 warga DUN Sungai Pelek dapat baucar beli-belah sempena Aidilfitri

11 Apr 2022, 11:00 AM
550 warga DUN Sungai Pelek dapat baucar beli-belah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 550 penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek menerima baucar Jom Shopping sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Ronnie Liu berkata baucar beli-belah bernilai RM100 yang diagihkan baru-baru ini boleh ditebus di Pasaraya CLC Sungai Pelek untuk membeli barangan keperluan.

"Semoga sumbangan Kerajaan Selangor ini sedikit sebanyak menceriakan orang ramai untuk menyambut perayaan akan datang," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Ronnie berkata agihan bubur lambuk yang juga acara tradisi di DUN berkenaan diteruskan tahun ini bagi menyantuni masyarakat sempena Ramadan.

"Aktiviti memasak dan menyediakan 500 pek bubur lambuk ini dibuat secara bergotong-royong bersama penduduk setempat kemudian diedarkan di tiga kawasan berkenaan," katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619