AGENDA

Covid-19: Jangkitan harian rekod 10,177 kes, 21 kematian

10 Apr 2022, 3:04 AM
Covid-19: Jangkitan harian rekod 10,177 kes, 21 kematian

SHAH ALAM, 10 APRIL: Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 10,177 kes semalam berbanding 14,944 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah iaitu 63 kes atau 0.62 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 10,114 kes atau 99.38 peratus.

"Negara merekodkan 153,463 kes aktif dengan 149,994 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 310 kes menjalani kuarantin di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC)

"Sebanyak 2,964 kes pula dimasukkan ke hospital serta 195 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 15,132 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 4,128,963 kes.

Selain itu 21 kes kematian dilaporkan semalam termasuk sembilan kes kematian di luar  hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,280 kes.

Dr  Noor Hisham turut memaklumkan dua kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 129.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 5,767 kes (56.67 peratus)

• Kategori 2: 4,347 kes (42.71 peratus)

• Kategori 3: 31 kes (0.30 peratus)

• Kategori 4: 14 kes (0.14 peratus)

• Kategori 5: 18 kes (0.18 peratus)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619