ADN

Jualan murah: Wakil rakyat cadang anjur lebih kerap, jimat belanja keluarga

9 Apr 2022, 6:30 AM
Jualan murah: Wakil rakyat cadang anjur lebih kerap, jimat belanja keluarga

PETALING JAYA, 9 APRIL: Wakil rakyat Bukit Gasing mencadangkan program Jualan Prihatin Rakyat dilaksana secara kerap bagi memudahkan rakyat membeli barangan keperluan hari dengan harga murah.

R Rajiv berkata pihaknya menerima maklum balas dalam kalangan pengunjung yang meminta Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mempertimbangkan cadangan tersebut.

"Kita mengucapkan terima kasih kerana mengadakan program seperti ini yang sudah tentu membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah.

"Rata-rata pengunjung yang saya temui berharap jualan murah ini diadakan sekerap yang boleh atau mungkin setiap hari kerana inisiatif ini amat membantu golongan kurang berkemampuan," katanya kepada SelangorKini.

Program bermula 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu diadakan di dua lokasi hari ini, iaitu di Padang Permainan Desa Mentari dan pekarangan Medan Selera Seksyen 8, Petaling Jaya.

Jualan Prihatin Rakyat anjuran PKPS diadakan setiap hujung minggu dengan menyasarkan 64 kawasan di seluruh Selangor bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Menerusi inisiatif itu, ayam standard dijual pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 per kilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Pada 27 Februari, Kerajaan Negeri memutuskan menjual empat barang keperluan harian iaitu ayam, telur, daging dan ikan pada harga murah sehingga menjelang Aidilfitri menerusi program Jualan Prihatin Rakyat.

Program pada setiap Sabtu dan Ahad secara berkala di seluruh negeri adalah kesinambungan inisiatif jualan murah yang dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada awal Februari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619