AGENDA

Jangkitan harian meningkat 14,944 kes, kategori serius kekal rendah

9 Apr 2022, 3:03 AM
Jangkitan harian meningkat 14,944 kes, kategori serius kekal rendah

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kes harian Covid-19 meningkat 2,950 kes kepada 14,944 kes semalam berbanding hari sebelumnya namun kes serius kekal rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 adalah 66 kes atau 0.44 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 14,978 kes atau 99.56 peratus.

"Ketika ini negara merekodkan 158,439 kes aktif dengan 154,880 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Sebanyak 3,012 kes dimasukkan ke hospital, 97 kes dirawat di unit rawatan rapi, 109 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 341 kes menjalani kuarantin di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 14,045 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 4,113,831 kes.

Selain itu  31 kes kematian dilaporkan semalam termasuk enam kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,259 kes.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 9,341 kes (62.51 peratus)

• Kategori 2: 5,537 kes (37.05 peratus)

• Kategori 3: 31 kes (0.20 peratus)

• Kategori 4: 16 kes (0.11 peratus)

• Kategori 5: 19 kes (0.13 peratus)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619