BERITA UTAMA

Bawa bekas sendiri ke bazar Ramadan, langkah awal bebas beg plastik

9 Apr 2022, 3:00 AM
Bawa bekas sendiri ke bazar Ramadan, langkah awal bebas beg plastik

SUBANG JAYA, 9 APRIL: Inisiatif Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperkenal penggunaan bekas sendiri di bazar Ramadan membuktikan pentadbiran Kerajaan Selangor tidak hanya mengutamakan teknologi pintar.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah menerusi kempen bebas beg plastik itu merupakan permulaan dalam menghapuskan penggunaannya.

"Menghapuskan beg plastik adalah sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam menjamin kemampanan alam sekitar. Bermulanya di bazar yang tidak membekalkan beg plastik ia juga dapat menjamin bekalan air bersih.

"Pelaksanaan ini memerlukan tempoh yang panjang tetapi jika berterusan dapat mengurangkan penggunaannya dan pembuangan di longkang dan sungai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Platform Selangor (PLATS) 3.0 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong semalam.

Amirudin turut meluangkan masa bertemu peniaga dan pengunjung di bazar tersebut diiringi EXCO Usahawan Rodziah Ismail; EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau dan Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar.

Menerusi pelancaran Kempen Bebas Plastik, MBSJ menawarkan 2,000 baucar tunai bernilai RM5 kepada pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri setiap Rabu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619