AGENDA

77,834 kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun lengkap vaksin

9 Apr 2022, 2:15 AM
77,834 kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Sebanyak 77,834 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,358,791 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.3 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,857,568 individu atau 91.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,958,121 atau 95 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 15,908,442 individu dewasa atau 67.6 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, 22,956,433 atau 97.6 peratus pula selesai menerima dua dos manakala 23,233,304 atau 98.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 34,904 dos vaksin diberikan semalam merangkumi 20,260 dos kedua, 8,289 dos penggalak dan 6,355 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,138,021.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 31 kematian akibat COVID-19 di negara ini direkodkan semalam dengan Putrajaya mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Johor, Kedah dan Sarawak masing-masing empat kes, Pahang dan Perak masing-masing tiga kes.

Terdapat dua kes kematian masing-masing di Melaka dan Selangor, manakala satu kes direkodkan setiap satu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619