AGENDA

Pakar: Gastrik bukan penyakit bermusim, boleh latih puasa dari awal

7 Apr 2022, 6:31 AM
Pakar: Gastrik bukan penyakit bermusim, boleh latih puasa dari awal

SHAH ALAM, 7 APRIL: Masalah gastik bukan penyakit bermusim yang hanya dialami menjelang Ramadan hingga boleh menjejaskan ibadah puasa individu, kata pakar pemakanan.

Sebaliknya, Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata pesakit perlu melatih diri lebih awal termasuk berpuasa sunat supaya tidak menjejaskan ibadah itu, lapor Astro Awani.

Beliau menjelaskan pemakanan seimbang dan pengambilan air putih mencukupi perlu dititikberat bagi mengelak dinyahhidrat atau keradangan serius pada perut.

"Munculnya puasa, maka penyakit gastrik akan muncul. Sepatutnya mereka boleh berlatih sebelum tiba Ramadan dengan puasa sunat untuk tengok kemampuan diri.

"Saranan pakar perubatan juga mengatakan pesakit gastrik boleh berpuasa, tidak boleh kata ia penyakit bermusim kerana boleh latih perut dari awal," katanya.

Dr Norazmir menambah gastrik boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia dan menasihatkan pesakit untuk mengelakkan makanan pedas, berminyak atau tinggi kandungan garam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619