ad
BERITA UTAMA

Pindah nilai kupon gores parkir di Dewan MBSA hujung minggu ini

6 Apr 2022, 1:12 AM
Pindah nilai kupon gores parkir di Dewan MBSA hujung minggu ini

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang ramai boleh menukar kupon parkir gores kepada e-kupon di Dewan Jenjarum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 11 pada hujung minggu ini.

Smart Selangor Parking (SSP) menerusi Facebook memaklumkan sesi penukaran kupon parkir gores itu berlangsung Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Penukaran kupon kertas kepada aplikasi digital itu membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Orang ramai diingatkan membawa kupon gores parkir yang belum tamat tempoh. Kupon yang melepasi tarikh luput tidak sah untuk penukaran.

Berkuat kuasa 1 April lalu, bayaran parkir kereta di seluruh PBT di Selangor menggunakan sistem e-kupon sepenuhnya.

Justeru orang ramai digalak memuat turun aplikasi SSP di Google Playstore, AppStore atau Huawei Store bagi memudahkan urusan pembayaran.

Pada 24 Mac lalu, EXCO kerajaan tempatan memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Ng Sze Han berkata inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan pengguna yang berdepan kerugian berikutan penguatkuasaan sistem berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.