AGENDA

Anwar atur waktu sesuai debat dengan Najib isu Sapura

5 Apr 2022, 1:01 PM
Anwar atur waktu sesuai debat dengan Najib isu Sapura

SHAH ALAM, 5 APRIL: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatur waktu sesuai untuk sesi debat dengan Datuk Seri Najib Razak dalam isu kontroversi Sapura Energy Bhd.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) juga berharap perdebatan dengan bekas perdana menteri itu disiarkan menerusi media secara meluas.

Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang juga pengarah komunikasi KEADILAN diarah untuk menyelaraskan tarikh dan masa program tersebut.

"Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Dato' Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan Sapura.

"Beliau juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mencabar Najib berdebat bagi membahaskan isu syarikat SEB.

Cabaran itu dibuat selepas Najib menggesa kerajaan menyelamatkan SEB yang mencatatkan kerugian lebih RM8 bilion, selain isu gaji ketua pegawai eksekutifnya yang begitu lumayan.

Susulan itu Najib berkata beliau sedia menyahut cabaran debat Rafizi tetapi perlu disertai Anwar dan semalam Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Najib.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619