AGENDA

WHO: Berbilion penduduk dunia terdedah kepada udara tidak sihat

5 Apr 2022, 5:21 AM
WHO: Berbilion penduduk dunia terdedah kepada udara tidak sihat

GENEVA, 5 APRIL: Kira-kira 99 peratus penduduk dunia didapati menghirup udara yang tidak sihat melebihi had kualiti udara ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menurut data terkini agensi PBB itu pada Isnin.

Lebih 6,000 bandar di 117 negara menjalankan pemantauan kualiti udara, namun penduduk di negara-negara terbabit masih terdedah dengan zarah halus dan nitrogen dioksida yang tidak sihat.

Rakyat di negara berpendapatan rendah dan sederhana didapati paling banyak terdedah kepada udara tidak sihat.

“Kebimbangan mengenai perkara itu menjadikan pentingnya untuk mempercepat peralihan kepada sistem tenaga yang lebih bersih dan sihat.

"Harga bahan api fosil yang tinggi, keselamatan tenaga dan keperluan mendesak untuk menangani cabaran kesihatan, pencemaran udara dan perubahan iklim, membuatkan dunia perlu bergerak lebih pantas ke arah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil,” kata ketua pengarah WHO Tedros Ghebreyesus.

Data baharu itu dikeluarkan menjelang Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April, dengan tema 'Our planet, our health'.

Kira-kira 2,000 lagi bandar dan penempatan manusia kini merekodkan data pemantauan tanah untuk zarah, PM10 dan/atau PM2.5, berbanding data sebelum ini, menurut WHO.

Kedua-dua bahan pencemar itu berpunca terutamanya daripada aktiviti manusia berkaitan pembakaran bahan api fosil.

Data itu menunjukkan peningkatan hampir enam kali ganda sejak pengumpulan data dibuat pada 2011.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619