AGENDA

Agong, Raja Permaisuri positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri

2 Apr 2022, 7:28 AM
Agong, Raja Permaisuri positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga Khamis (7 April) manakala Tunku Azizah hingga Jumaat (8 April).

Beliau berkata Seri Paduka berdua berkenan menjalani kuarantin kendiri selaras dengan protokol dan tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi kes positif Covid-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Adalah dimaklumkan Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata bersempena ketibaan bulan Ramadan, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, semalam.

Seluruh rakyat turut diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta keafiatan yang berpanjangan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619