AGENDA

Jualan murah barang keperluan asas diteruskan di Sijangkang, Shah Alam esok

1 Apr 2022, 11:49 AM
Jualan murah barang keperluan asas diteruskan di Sijangkang, Shah Alam esok
Jualan murah barang keperluan asas diteruskan di Sijangkang, Shah Alam esok

SHAH ALAM, 1 APR: Program Intervensi Ehsan yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga rendah diteruskan lagi esok di Sijangkang dan Shah Alam mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Dato’ Menteri Besar berkata orang ramai khususnya penduduk setempat dipelawa mengunjungi lokasi terbabit iaitu Blok 7, perkarangan Pangsapuri PKNS, Seksyen 7, Shah Alam dan kawasan lapang, Jalan Sekolah Batu 9, Kebun Baru, Sijangkang.

"Minggu ini, Program Intervensi Ehsan akan ke Shah Alam dan Sijangkang. Penduduk berdekatan digalakkan berkunjung bagi mendapatkan barangan keperluan yang dijual pada harga lebih rendah dari pasaran," kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Berdasarkan poster dikongsi beliau, orang ramai boleh membeli ayam segar seekor pada harga RM12, telur (RM10), daging segar (RM35/kg), ikan kembung, selayang (RM8/kg) dan minyak masak paket (RM2).

Pada 27 Februari, Kerajaan Negeri memutuskan menjual empat barang keperluan harian iaitu ayam, telur, daging dan ikan pada harga murah sehingga menjelang Aidilfitri menerusi program jualan prihatin rakyat.

Program pada setiap Sabtu dan Ahad secara berkala di seluruh negeri adalah susulan program intervensi harga makanan ehsan yang dilancar Dato’ Menteri Besar awal Februari lalu.

Sebanyak 62 lokasi sudah dikenal pasti bagi tujuan berkenaan iaitu 24 di bawah Selangor Agro Market manakala selebihnya di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619