AGENDA

Ladang ternakan khinzir sambung paip air secara haram kena tindakan

1 Apr 2022, 9:41 AM
Ladang ternakan khinzir sambung paip air secara haram kena tindakan

SHAH ALAM, 1 APR: Ladang ternakan khinzir di Tanjung Sepat, Kuala Langat di sini diserbu semalam selepas didapati membuat penyambungan paip air secara haram, maklum Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Agensi itu menerusi kenyataan memaklumkan sambungan Paip Ketumpatan Tinggi Polyethylene (HDPE) itu dikesan menerusi operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan SPAN dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Pihak SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air yang tidak sah juga sudah dilakukan.

"Selain itu, tindakan pengalihan kedudukan meter turut dilaksanakan Air Selangor bagi mengelakkan aktiviti penyambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang ini berulang," kata agensi itu di Facebook.

Dalam kenyataan sama, SPAN memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak disyaki membuat sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Orang ramai diminta untuk memaklumkan kepada operator air sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan bekalan air secara tidak sah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619