AGENDA

Sultan Selangor berkenan lawat Makmal Invasif Kardiologi Hospital Serdang

28 Mac 2022, 5:40 AM
Sultan Selangor berkenan lawat Makmal Invasif Kardiologi Hospital Serdang

SERDANG, 28 MAC: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan berangkat melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) yang menjadi pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan, di sini.

Baginda tiba di Hospital Serdang yang menempatkan makmal berkenaan pada 10 pagi dan meluangkan masa hampir satu setengah jam di fasiliti berkenaan yang beroperasi sejak 2016.

Turut mengiringi lawatan sulung baginda ke hospital itu ialah Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

ICL juga aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan mempelopori rangkaian ST-elevation myocardial infarction (STEMI).

Makmal berkenaan juga telah menjalankan lebih 50,000 prosedur invasif jantung termasuk angiogram dan angioplasti, implantasi perentak jantung, prosedur elektrofisiologi dan prosedur penyakit struktur jantung.

Sultan Sharafuddin turut diberi sembah taklimat mengenai pembangunan fasiliti kesihatan negeri Selangor yang disampaikan Khairy.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619