ADN

Hargai jasa bantu penduduk, 200 sukarelawan Seri Setia dirai

27 Mac 2022, 12:18 AM
Hargai jasa bantu penduduk, 200 sukarelawan Seri Setia dirai
Hargai jasa bantu penduduk, 200 sukarelawan Seri Setia dirai

SUBANG JAYA, 27 MAC: Seramai 200 penduduk pelbagai bangsa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang aktif sebagai sukarelawan diraikan dalam satu majlis malam tadi.

Ahli Dewan Negeri Halimey Abu Bakar berkata antaranya ahli Penggerak Belia Selangor, jawatankuasa penduduk, majlis perwakilan penduduk serta Pusat Wanita Budaya.

“Kita turut hargai balu dan waris sukarelawan yang meninggal dunia dengan menyerahkan sedikit sumbangan.

“Jasa dan pengorbanan semua sukarelawan ini cukup besar dalam membantu penduduk sekitar terutama ketika pandemik Covid-19 melanda,” katanya berucap di Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia.

Majlis diadakan di Hotel Empire Subang itu juga sebagai simbolik menyambut kedatangan Ramadan minggu depan selain merapatkan silaturahim penduduk.

Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan pemuzik jalanan dan acara cabutan bertuah.

[caption id="attachment_514337" align="aligncenter" width="638"] Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyatuni tetamu yang hadir ketika Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia di Empire Hotel, Subang Jaya pada 26 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619