AGENDA

MB nasihat penduduk Selangor segera dapatkan dos penggalak

22 Mac 2022, 11:10 AM
MB nasihat penduduk Selangor segera dapatkan dos penggalak

SHAH ALAM, 22 MAC: Dato’ Menteri Besar menasihatkan rakyat Selangor yang belum mendapatkan dos penggalak segera melengkapkan status vaksinasi sebelum 1 April ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pengambilan dos penggalak itu berikutan peralihan ke fasa endemik yang semakin hampir.

“Tindakan ini menawarkan perlindungan yang lebih baik buat diri serta keluarga,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Berdasarkan poster, Amirudin mengingatkan penerima Sinovac dan warga emas perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi.

Vaksin kanak-kanak boleh diambik secara terus dengan merujuk laman sesawang covid-19.moh.gov.my untuk lokasi pusat pemberian vaksin(PPV) di Selangor.

Semalam, sebanyak 15,507,221 individu dewasa atau 65.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak Covid-19.

Manakala bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,267,491 individu atau 35.7 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619