AGENDA

MB: Pembelian aset bakal perkukuh pengurusan bencana peringkat daerah

21 Mac 2022, 11:46 AM
MB: Pembelian aset bakal perkukuh pengurusan bencana peringkat daerah

SHAH ALAM, 21 MAC: Jawatankuasa Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor akan diperkukuhkan di peringkat daerah, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu perlu dilaksanakan khususnya membabitkan aspek aset ketika berlakunya sebarang bencana.

"Unit ini sememangnya bertindak dalam pengurusan bencana. Jika dilihat, apabila berlaku bencana berskala kecil seperti runtuhan tanah di sesebuah lokaliti, unit ini mampu mengawalnya.

"Bagaimanapun, apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah pengukuhan jawatankuasa bencana di peringkat daerah. Hal ini boleh dipertimbangkan kerana ketika berlaku bencana berskala besar seperti 17 Disember lalu, unit ini tidak dapat pergi ke semua lokaliti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas wakil rakyat Sijangkang Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi membahas usul mengenai bencana banjir pada Disember tahun lalu yang dibawa wakil rakyat Kota Damansara Shatiri Mansor.

Amirudin turut memaklumkan Kerajaan Negeri turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membeli beberapa aset untuk kegunaan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Negeri Selangor.

"Kita ingin pertingkatkan keupayaan Skuad Pantas daripada segi kemampuan, peralatan dan aset untuk proses evakuasi serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang lebih pantas sementara menunggu bantuan lebih besar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619