AGENDA

MB: 1,553 struktur rangkaian 5G dipasang tahun ini

21 Mac 2022, 6:10 AM
MB: 1,553 struktur rangkaian 5G dipasang tahun ini

SHAH ALAM, 21 MAC: Sebanyak 1,553 struktur rangkaian 5G akan dipasang di Selangor tahun ini bagi memberi perkhidmatan kelajuan jalur lebar 10 gigabit per saat (gbs).

Pemasangan fasa dua membabitkan 560 tapak di Petaling, Hulu Langat (345), Klang (272), Gombak (191) dan Sepang (185), kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau menjelaskan pemasangan 28 tapak pemancar telekomunikasi di Cyberjaya berjaya disiapkan bagi Fasa 1A berdasarkan data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga Februari.

"Teknologi 5G mampu memberi perkhidmatan kepada sejuta peranti bagi setiap satu kilometer persegi," katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi berhubung perkembangan jaringan capaian liputan 5G dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menambah SmartSel Sdn Bhd (SmartSel) sedang merangka cadangan kerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memperluas perkhidmatan itu di kawasan tumpuan.

"Secara keseluruhannya, projek ini bawah DNB dan kita hanya bekerjasama dengan mereka untuk memanjangkan terutama di kawasan penumpuan," katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pemasangan struktur rangkaian itu dibuat secara berhati-hati mengikut tatacara operasi piawai (SOP) dan lunas undang-undang.

"5G memerlukan rangkaian atau kedekatan antara satu pemancar ke satu pemancar yang lebih dekat dan rendah sebab ia 'manja'. Jarang boleh tembus dinding, cermin serta mudah terpantul," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619