AGENSI

Asnaf Selangor ditawar 5,873 peluang kerja dalam sektor ladang

21 Mac 2022, 2:42 AM
Asnaf Selangor ditawar 5,873 peluang kerja dalam sektor ladang
Asnaf Selangor ditawar 5,873 peluang kerja dalam sektor ladang

SHAH ALAM, 21 MAC: Golongan asnaf di negeri ini dipelawa menghadiri sesi temu duga untuk bekerja dalam sektor perladangan bersama Sime Darby Plantation Berhad.

Tawaran khas untuk asnaf berdaftar bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diadakan di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar, Klang pada 26 Mac dari 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi LZS, sebanyak 5,873 kekosongan berserta latihan ditawarkan di seluruh negara dengan gaji permulaan RM1,200.

Mereka juga ditawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim Insurans Pekerjaan.

"Faedah lain termasuk penyediaan tempat tinggal di ladang, perubatan, bantuan persekolahan tahunan dan pengangkutan anak-anak, pusat jagaan, token raya dan cuti tahunan serta insentif permulaan pekerjaan," kata agensi itu.

Golongan asnaf yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619