AGENDA

Covid-19: Hanya 153 kes baharu kategori tiga hingga lima

20 Mac 2022, 10:19 AM
Covid-19: Hanya 153 kes baharu kategori tiga hingga lima

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus daripada 22,341 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam (19 Mac) melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata baki 22,188 kes pula terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kes kumulatif Covid-19 dalam negara berjumlah 3,974,019 manakala 33,347 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,656,415.

“Daripada 153 kes kategori tiga hingga lima, 48 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 61 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes telah menerima dos penggalak," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,394 kes COVID-19 pula dimasukkan ke hospital semalam, dengan 554 kes atau 39.7 peratus melibatkan kategori tiga hingga lima, manakala 840 kes atau 60.3 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

Beliau berkata sebanyak 390 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 219 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tujuh negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal (ICU) lebih 50 peratus iaitu Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (58 peratus), Sarawak (53 peratus), serta Perak dan Pulau Pinang (51 peratus) sementara Kuala Lumpur dan Putrajaya (67 peratus).

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara kini ialah 0.92 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.06.

Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.03), manakala Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.01.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619