AGENSI

Talian khas Tanya Anis jawab soalan berkait anak OKU, beroperasi 24 jam

20 Mac 2022, 4:12 AM
Talian khas Tanya Anis jawab soalan berkait anak OKU, beroperasi 24 jam

SHAH ALAM, 20 MAC: Platorm dalam talian Tanya Anis diwujudkan bagi membantu orang ramai mendapat maklumat berhubung anak istimewa atau kelainan upaya (OKU).

Inisiatif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang beroperasi 24 jam menampilkan pakar dan profesional termasuk panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjawab soalan.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata idea tercetus selepas banyak soalan tidak dapat dijawab dalam penganjuran seminar keibubapaan dan guru secara maya baru-baru ini.

"Kita harap platform ini dapat membantu menjawab semua persoalan yang timbul daripada pelbagai pihak berhubung apa jua jenis kategori OKU," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah jawapan turut die-mel kepada individu yang bertanya supaya tidak terlepas pandang dan boleh menjadi rujukan pada masa depan.

Talian Tanya Anis boleh dicapai melalui pautan www.anisselangor.com/tanyaanis.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619