ADN

DNS: Dua ADN antara positif Covid-19, bergejala tidak digalak hadir

14 Mac 2022, 6:20 AM
DNS: Dua ADN antara positif Covid-19, bergejala tidak digalak hadir

SHAH ALAM, 14 MAC: Dua Ahli Dewan Negeri (ADN) antara 11 individu dijangkiti Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Speaker Ng Suee Lim berkata ADN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADN Gombak Setia Hilman Idham dikesan positif wabak selepas menjalani saringan Sabtu lalu.

"Mereka kini menjalani kuarantin di rumah," katanya menambah ujian melibatkan 248 individu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Ditemui pada istiadat pembukaan sidang Dewan hari ini, beliau berkata individu bergejala tidak digalakkan hadir dan perlu membuat ujian pantas antigen (RTK-Ag) di rumah.

Sementara itu, Suee Lim berkata perasmian persidangan hari ini berjalan lancar dan berlangsung ringkas susulan kebimbangan penularan Omicron.

"Persidangan esok bermula jam 10 pagi dan perbahasan titah Sultan Selangor diadakan selama dua hari dan dijangka penggulungan pihak kerajaan pada Khamis," katanya.

Pagi tadi, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan istiadat pembukaan diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619