AGENDA

Pelan pelancongan norma baharu jamin kelangsungan industri pascawabak

14 Mac 2022, 4:33 AM
Pelan pelancongan norma baharu jamin kelangsungan industri pascawabak

SHAH ALAM, 14 MAC: Pelan tindakan pemulihan berkonsep perjalanan dan pelancongan selamat diharap menjamin kelangsungan industri itu di negeri ini yang terkesan akibat Covid-19.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor juga berharap pelan tersebut mampu menjadikan Selangor kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia dan global.

"Industri pelancongan merupakan sektor paling terkesan dengan impak pandemik Covid-19. Pemulihan industri ini perlu dilaksanakan segera dengan memperkenal aktiviti pelancongan norma baharu," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini hari ini.

Baginda bertitah pelan tindakan yang dirangka menekankan aspek keselamatan, transformasi pendigitalan, kemampanan serta kelangsungan perniagaan dan perkhidmatan ekosistem pelancongan.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM114.6 juta bagi merangsang semula sektor pelancongan negeri pascapandemik bagi tempoh lima tahun hingga 2025.

Inisiatif dibuat meliputi geran bantuan pemulihan kepada penggiat industri, pemerkasaan kempen Pusing Selangor Dulu dan Kempen Splendid Selangor.

Selain itu, penyediaan dan pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) 'Selamat dan Sihat', penganjuran Persidangan Global Tourism Selangor serta pembangunan infrastruktur pelancongan dan kraftangan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619